MALAYSIA BUKAN MILIK POLITIKUS

Share This Post

Kita harus sedar akan satu hakikat bahawa negara ini bukanlah milik Mahiaddin Yassin mahupun Azmin Ali. Bukan juga milik Anuar Musa mahupun Haji Hadi. 

Walaupun mereka punyai jawatan paling tertinggi dalam kerajaan harini, ia tak bermakna Malaysia hari ini adalah mereka yang empunya. 

Namun, kita juga harus sedar bahawa negara ini bukan juga milik Anwar Ibrahim, Shafie Apdal dan Tun Mahathir

Walaupun tercatat di dalam buku teks Sejarah tingkatan 5 waktu aku belajar dulu mengatakan bahawa UMNO-lah yang berusaha sehabis baik untuk memerdekakan tanah Melayu, maka hakikatnya negara yang mulia ini bukanlah milik UMNO semata-mata. 

Dah begitu, negara ini milik siapa? 

Bincanglah sebanyak manapun yang kau mahukan mengenai sejarah tanah Melayu, penjajahan British, penaklukan jepun, perjanjian pangkor dan suasana umat Melayu pasca zaman kolonial British. Tapi kalau mentaliti kita sama sahaja, tiada guna. 

Susunlah sebanyak manapun forum atau wacana yang kau mahukan mengenai hubungan antara kaum, isu ketuanan melayu dan negara bangsa. Tapi kalau mentaliti kita sama sahaja, tiada guna. 

Tulislah sebanyak manapun artikel atau esei yang kau mahukan dengan harapan pembaca akan terbuka hati untuk menerima kebenaran, percayalah. Tak kemana usaha itu. 

Tulislah mengenai hal-hal kedamaian, kesatuan dan ketenteraman. Tapi kalau mentaliti kita sama sahaja, tiada gunanya. 

Maka timbul pula satu persoalan yang lain selepas persoalan negara kita milik siapa? 

Soalan lain pula yang muncul. Apakah disebalik persoalan mentaliti kita sama sahaja?  

Sebelum itu, aku mahu memberi ruang kepada sidang hadirin hadirat untuk membuka benak fikiran yang lama terperuk dibawah tempurung itu. Cuba renung sejenak dua persoalan yang aku utarakan itu kembali. Negara ini sebenarnya milik siapa? Kemudian, Apakah maksud sebenarnya mentaliti kita sama sahaja? Persoalan semacam in aku rasa patit dibiarkan melangit. Untuk semua kaum berfikir sambal mendongak kelangit.

Kaum Melayu mendongak langit yang sama sepertimana kaum Cina dan India. Kaum Cina mendongak langit yang sama sepertimana kaum Melayu dan kaum India. 

Tetapi itulah namanya manusia. Sebahagiannya tak habis-habis memikirkan tentang nama kaumnya sahaja. Sebahagian yang lain asyik memikirkan keuntungan yang diperoleh kaumnya sahaja. 

Semakin lama, semakin kita prejudis. Semakin lama kita melaungkan merdeka, semakin kita membina tembok. Politikus seharusnya menyatukan tetapi kadang-kadang mengambil kesempetan. Ahli akademik pula  terlalu menjaga periuk nasi. 

Selepas itu apa? Ini juga persoalan. Tapi cukuplah dua persoalan yang aku tinggalkan diatas. 

Jarang sekali pernah kita mencari titik persamaan untuk menemui pintu kedamaian. Acapkali menjadikan perbezaan sebagai jurang menjauhkan hubungan antara satu dengan yang lain. Semua orang hanya mementingkan kemakmuran diri sendiri. 

Jawablah persoalan itu sendiri. 

Luthfi Yusri merupakan Ketua Koordinator bagi Ajar Demokrasi

Picture of Luthfi Yusri

Luthfi Yusri

Artikel Lain

Un jackpot di 12 000 € in 24 ore: la prima sorpresa

winnita casino in Italy. Il primo giro che ho fatto su Winnita ha portato un bonus di ben 12 000 € in meno di un giorno. Non è un numero di fantasia; è la cifra che l’operatore ha offerto per i nuovi giocatori che completano la registrazione entro le 24 ore successive all’iscrizione.

Quand Marc décide de tester Betify Casino

France: Marc, 32 ans, a découvert Betify Casino en cherchant un site où les bonus ne se limitent pas aux nouveaux joueurs. Il a été attiré par l’annonce d’un bonus de bienvenue de 200 € sans dépôt minimum, mais a rapidement voulu savoir si l’expérience offrait plus qu’un simple gain de poche.

Najlepsze kasyno online w Polsce

Najlepsze kasyno online w Polsce Bezpieczne kasyno online Polska, graj legalnie: bonusy bez depozytu. Sprawdź już dziś !!! NAJLEPSZE KASYNA ONLINE W POLSCE W Polsce

Kasyno online Polska — najlepsze kasyna 2026

Kasyno online Polska — najlepsze kasyna 2026 Bezpieczne kasyno online Polska, graj legalnie: bonusy bez depozytu. Sprawdź już dziś !!! NAJLEPSZE KASYNA ONLINE W POLSCE

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *