Parlimen Belia Malaysia: Lembaran Baru Anak muda

Share This Post

Parlimen Belia Malaysia merupakan salah satu daripada enam inisiatif transformasi Makmal Transformasi Pembangunan Belia yang dilaksanakan pada 1 November 2010 hingga 10 Disember 2010. Objektif asas penubuhan PBM ini pada awalnya lebih kepada meningkatkan pengetahuan sistem berparlimen, proses pembentukan rang undang undang dan mengenal pasti masalah trend belia. 

Parlimen Belia akan bersidang 3 kali dalam setahun. Seramai 171 belia sudah menjadi sebahagian daripada ahli parlimen belia sejak parlimen belia ini wujud dari tahun 2015. Kini Sesi Pemilihan Parlimen Belia 2019-2020 sudah dibuka untuk semua beliau. Namun begitu terdapat sedikit perubahan yang ditampilkan dalam Parlimen Belia kali ini. 

Selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan untuk menurunkan umur pengundi 18 tahun, Parlimen Belia Malaysia telah meletakkan had umur pengundi dari 15 tahun hingga ke 25 tahun berbanding sebelum ini 18 hingga 30 tahun termasuk had umur calon daripada 18 hingga 30 tahun menjadi 18 hingga 25 tahun. Pada hemat saya, sedikit sebanyak KBS cuba membawa aspirasi mereka diserap ke dalam inisiatif di dalam KBS. 

Berbalik kepada persoalan yang wujud di atas mengapa segelintir anak muda memilih parlimen belia sebagai medan mencungkil kemahiran mereka? . Pada pendapat saya, yang pertama PBM ini merupakan batu loncatan kepada anak muda untuk didedahkan dengan pendidikan politik dan kenegaraan. Dengan sistem PBM mempunyai persamaan dengan Parlimen Dewan Rakyat. Ia akan membuka peluang lebih besar lagi kepada anak muda untuk memahami sistem demokrasi dan kenegaraan di Malaysia. Berapa ramai keluaran Ahli Parlimen Belia Malaysia yang keluar menjadi ahli politik dari pelbagai parti. 

Kedua, ahli parlimen belia malaysia akan diberi peluang untuk berbahas usul yang dicadangkan oleh jawatankuasa di dalam pbm. Sebagai contoh Jawatankuasa sosioekonomi, pendidikan dan kerjaya, teknologi dan inovasi dan lain lain. Malah setiap usul akan berlari sekitar belia sahaja. Setelah dipersetujui oleh majoriti dewan parlimen belia, usul ini akan dibawa ke kabinet menteri. Ini memberi lebih lagi peluang untuk inisiatif belia dilaksanakan di peringkat persekutuan. 

Pada tahun 2016, 4 Usul yang dipersetujui di dalam dewan parlimen belia telah dibawa ke peringkat kabinet antaranya meminta kerajaan meminda semula Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Seksyen 233) dan menyokong usaha kerajaan mempertahankan kedaulatan negara di Laut China Selatan.

Mereka turut meminta kerajaan menimbangkan cadangan penubuhan Institusi Parlimen Belia di bawah Akta Belia dan menambah baik undang-undang sedia ada serta mengambil langkah drastik mengekang jenayah pedophilia akan tetapi usul ini akan dipertimbangkan kementerian yang terlibat. 

Ini menunjukkan sedikit sebanyak inisiatif parlimen belia ini memberikan suatu impak dan ruang kepada anak muda untuk bersuara dan memberikan cadangan yang segar kepada kerajaan persekutuan. Atas dasar itu saya berpendapat ini merupakan peluang saya dan rakan rakan yang bertanding di dalam parlimen belia untuk membawa satu suara dan cadangan kepada kerajaan persekutuan yang kini amat memerlukan sokongan dan input daripada anak muda. 

Golongan sekarang khususnya belia sangat memerlukan corak pimpinan organisasi belia yang lebih terbuka dan memahami aspirasi mereka untuk mengisi peluang dan mendepani cabaran dengan lebih matang. Jadi bagi saya tidak salah untuk anak muda mencuba nasib mereka bertanding di parlimen belia malaysia. 

Amin Mubarak, Pengarah Ajar Demokrasi

Picture of Amin Mubarak

Amin Mubarak

Artikel Lain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *