Apa kebaikan PRN untuk Orang Johor?

Share This Post

Sumber Gambar: MalaysiaNow

Sedia maklum bahawa, ketika ini diadakan pilihan raya negeri di Johor ekoran pembubaran yang dibuat pada bulan lepas. Malah pelbagai pihak telah melihatkan perkara ini sebagai perkara yang tidak perlu untuk kita buat ketika ini. Dengan adanya varian baru COVID dan penutupan sempadan Singapura, ia dilihat sebagai langkah untuk mengekang suara orang yang berada di Singapura dan ini akan mengurangkan keberkesanan demokrasi di selatan tanah air.

Namun, dengan adanya initiatif undi pos yang digerakkan oleh Undi Johor dibawah initiatif Undi 18, Arus Anak Muda dan Y Politics serta sokongan pelbagai kumpulan masyarakat sivil dibawah initiatif Johor Ngundi bagi membantu orang Johor pulang ke selatan tanah air untuk menjalankan tanggungjawab, maka demokrasi di Johor ini menjadi lebih subur dan berkesan.

Selaku peminat filem, keadaan seperti ini telah mengingatkan satu filem iaitul Irresistable. Filem lakonan Steve Carrel dan Rose Bryne ini boleh memberikan pesanan yang baik buat penduduk Johor. Dalam filem ini, telah memfokuskan kepada dua watak utama yang bekerja sebagai konsultan politik untuk Parti Demokrat dan Parti Republikan di US.

Pada satu hari, ada video tersebar luas dimana ia telah menjadi pemangkin untuk turut serta terlibat Pilihan Raya Datuk Bandar Deerlaken, Wisconsin. Namun, kedua-duanya tidak tahu bahawa pilihanraya adalah satu “setup” oleh penduduk, dimana bandar Deerlaken memerlukan $95 Juta bagi memastikan kelansungan ekonomi.

Seperti yang terjadi di Johor juga, apabila adanya dua karakter ini bertungkus lumus untuk memenangkan pilihanraya, maka akan adanya keterlibatan ramai orang luar bag menguatkan jentera pihak masing-masing. Mereka juga perlu makan, perlu beli barang, sewa kawasan dan sebagainya, maka secara tidak langsung memberi satu “boost” kepada ekonomi lokal.

Kita berbalik kepada keadaan realiti di mana PRN Johor telah berlaku setelah, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammed membubarkan Dewan Undangan Negeri. Sedia maklum, keadaan dibuat bagi memberikan ruang kepada rakyat untuk memilih calon-calon bagi Sidang Dewan Undangan Negeri Johor yang ke 15.

Secara tidak langsung, bukan sahaja kita menggerakkan agenda demokrasi malah buat pertama kali, PRN kali ini adalah PRN pertama buat sistem pendaftaran automatik dan orang berumur 18 tahun untuk menjalankan tanggungjawab bagi memperkasakan demokrasi di tanah Jauhar.

Janganlah kita lihat PRN ini untuk memperjudikan nyawa rakyat, malah kita patut raikkan pentas demokrasi ini memilih bukannya sandarkan pada parti mahupun janji janji manis mereka, ini adalah masa kita untuk tidak ulangi perkara lama dan melihat betul pada keperibadian calon, latar belakang calon, dan perkhidmatan mereka buat kawasan DUN.

Selain itu, pilihanraya negeri juga adalah medan untuk calon-calon mahupun parti mengetengahkan masalah-masalah di kawasan DUN masing-masing. Seperti yang kita tahu, permasalahan di Johor ini yang dikategorikan sebagai 5 teratas adalah;

1 Adaptasi masyarakat terhadap banjir dan permasalahan pencemaran
2 Kekurangan pemerkasaan ekonomi setempat ataupun kluster ekonomi daerah
3 Isu pekerjaan dan kemiskinan tegar di kawasan bandar
4 Isu geopolitik Johor, Singapura dan Indonesia
5 Isu pemerkasaan komuniti Orang Asli dan Wanita

Ini adalah pentas dan masa untuk kita mengetahui yang mana satu orang memahami masalah kita, keresahan kita, susah senang bersama dengan kita dan juga orang yang kita kenal dikawasan setempat.

Bak kata orang putih; “Local Empowerment”. Inilah masa kita untuk memperkasakan komuniti kita. Apabila kita utamakan memperkasakan lokal, dengan secara tidak langsung, kita juga telah mengukuhkan lagi demokrasi perwakilan yang diidamkan oleh orang-orang muda khasnya orang muda Johor.

Maka, jangan lupa pada 12 Mac nanti, mari kita jalankan tanggungjawab kita, memilih orang yang kita kenali dan mengenali kita, mengetahui isi hati dan sejarah tempat kita, orang lokal dan juga orang yang boleh membawa suara kita sebagai penduduk kawasan untuk diangkat di dalam Dewan Undangan Negeri Johor.

Orang Johor adalah orang yang matang, orang yang melihat pada visi dan misi yang jauh kehadapan bagi mencapai kestabilan masa depan bukan hanya pada politik semata malah buat ekonomi kita, kendiri dan juga setempat kita.

Picture of Muhammad Shaqib Shahrilnizam

Muhammad Shaqib Shahrilnizam

Penulis merupakan Exco BNYV Malaysia dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pulai. Aktif menulis dibawah Ajar Demokrasi . Penulis juga merupakan orang Johor Bahru, dan seumur hidupnya banyak berkisarkan di Johor iaitu di DUN Perling selama 26 tahun, belajar, bekerja, bermasyarakat dan lahir di sini.

Artikel Lain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *