‘Net Neutrality’, masa depan pembelajaran atas talian di Malaysia

Share This Post

Sejak wabak pandemik COVID-19 melanda di serata dunia, ianya telah mengubah sebahagian besar dari aspek penyusunan kehidupan kita, mana tidaknya, sekiranya sebelum ini industri yang tidak terputus putus menggandakan untung perusahannya saban tahun boleh tertumbang, apatah lagi peniaga kecil. Sinario ini menggambarkan betapa besarnya impak wabak pandemik ini kepada syarikat-syarikat ini sehingga mereka dahulunya ialah sang penguasa kini menjadi mangsa. Nasib yang sama juga berlaku kepada institusi Pendidikan, di mana norma baharu untuk Pendidikan telah berubah sepenuhnya. Daripada pembelajaran dalam bilik darjah, kepada PDPR, daripada peperiksaan semesta, kepada peperiksaan atas talian. Semuanya telah direvolusi untuk memenuhi tuntutan semasa.

            Disebabkan itu juga, banyak bantuan dan usaha yang diajalan bagi untuk memnuhi keperluan PDPR di ambang COVID-19 ini, misalnya pemberian tablet yang di skala yang besar, pemberian dana kepada setiap sekolah untuk memperbaiki infrastruktur, dan juga pengenalan plan-plan internet yang bersifat “mesra” pembelajaran atas talian. Sebut tentang internet, tahukah anda disebabkan musim pandemik ini juga, banyak syarikat menggunakan platform atas talian untuk mengaut keuntungan. Misalnya, disebabkan permintaan yang tinggi di dalam PDPR banyak syarikat telko yang memperkenalkan plan internet dari bermacam-macam pakej perkhidmatan mengikut tahap harga yang tertentu, ada yang murah ada yang mahal, akan tetapi seperti biasalah tidak apa yang boleh diharapkan untuk plan internet yang termurah, biasanya hanya dioptimum untuk jangka yang sangat pendek.

Jadi disbebakan itu ramai generasi yang tercicir dari pembelajaran atas talian ini, hanya kerana mereka tidak mampu untuk memiliki keperluan pakej internet dalam kadar yang mencukupi. Menurut dari Jabatan statistik Malaysia. Sejak dari suku ke 3 2020 hingga ke suku pertama 2021 sebanyak 37% murid yang tidak memiliki akses internet yang optimum bagi keperluan PDPR, manakala menurut Laporan dari Dasar Tindakkan Pendidikan Digital pada Feb 2021 menyatakan bahawa sebanyak 41.37% pelajar yang tercicir dari PDPR disebabkan oleh masalah capaian internet. Angka-angka ini adalah angka yang sangat kritikal, maka tindakkan susulan untuk membendung perkara ini harus diambil. Akan tetapi persoalan terbesar yang perlu dijawab, apakah undang-undang boleh mengawal perkara ini dari berleluasa ? jawapannya ialah “Net Neutrality”

Apakah itu Net Neutrality

            Net Neutrality secara amnya merupakan satu perundangan yang diperkenalkan di Amarika syarikat di bawah “Federal Communication Commision (FCC)” iaitu badan penyelaras multimedia dan komunikasi di Amarika Syarikat, yang mana mengawal  pembekal internet (ISP) untuk memberikan akses internet yang sama rata kepada setiap pengguna. Bermaksud, setiap pengguna wajar menikmati kadar kelajuan internet yang sama, akses kandungan yang sama, dan juga quota jaringan yang sama. Ianya menghalang pembekal internet untuk memberikan layanan istimewa kepada syarikat gergasi untuk mengaut keuntungan. Misalnya syarikat Netflix yang telah menggunakan hampir 24% penggunaan jaringan di Amarika syarikat telah menyebabkan kandungan jaringan lain tidak stabil, maka disebabkan itu pembekal internet yang bernama COMCAST telah menghadkan kelajuan internet untuk Netflix untuk mengimbangi ekosistem jaringan mereka. Maka disebabkan itu, Netflix membeli quota jaringan khas sebanyak 67% dari keseluruhan quota yang tersedia hanya untuk memberikan kelajuan yang memuaskan kepada mereka. Jadi sebab itulah Net neutrality ini diperkenalkan, bagi menghapuskan layanan ini dan memperuntukkan setiap perkhidmatan mendapat jaringan yang sama.

Bagaimanakan Net Neutrality di Malaysia ?

            Setakat ini Malaysia masih lagi belum mengemukakan apa-apa cadangan bagi mengimplementasi Net Neutrality, akan tetapi, konsep yang paling hampir dengan Net Neutrality yang telah diperkenalkan di Malaysia adalah “Zero-rating practices” yang mana, merupakan amalan yang diagalakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kepada semua ISP di dalam negara untuk tidak menghadkan quota untuk aplikasi tertentu, contohnya plan Celcom Postpaid menawarkan khidmat streaming tanpa had kepada aplikasi “Yonder” melalui satu langganan sahaja. Jadi ini merupakan gambaran bahawa pengamalan Net Neutrality diamalkan oleh kita secara tidak sedar, akan tetapi ianya tidak bersifat ekstrim seperti di amarika syarikat.

Adakah Net Neutrality realistik di Malaysia?

            Secara umumnya Net Neutrality yang radikal adalah tidak bersesuai dengan situasi di Malaysia, maknanya memberikan langganan sama rata kepada setiap pengguna, malah ianya tuntutan yan tidak rialistik memandangakan kapasiti quota jaringan kita tidak lah begitu besar berbanding negara-negara yang lain. Akan tetapi ianya sangat penting bagi memenuhi keperluan PDPR di negara kita, maka menguatkuasakan Net Neutrality kepada aspek perkhidmatan Pendidikan wajar dipertimbangkan. Gambarannya sama seperti “Zero-rating practice” Cuma ianya dipruntukkan kepada semua perkhidmatan Pendidikan seperti “Zoom”, Google Class, Google Meet, Big Blue Button dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan Pendidikan. Ianya boleh dilaksanakan dibawah akta 1998 Komunikasi dan multimedia, berlandaskan kepada garis panduan seperti FCC di Amarika syarikat cumanya tertumpu di dalam skop perkhidmatan Pendidikan.

            Kewajaran ini boleh memberi impak kepada keutamaan yang pembekal internet perlu utamakan kepada kita sebagai rakyat, yang mana akan mendahulukan keperluan daripada monopoli perkhidmatan yang tidak adil kepada golongan yang tidak mampu. Dalam jangka masa yang pendek, capaian internet mampu ditingkatkan melalui cadangan ini, dan ianya boleh mengelak dari ramai murid dan pelajar yang keciciran dari PDPR ataupaun pembelajaran atas talian ini, melalui akses kelajuan internet yang sama, setiap golongan kini mampu untuk menikmati akses pembelajaran dalam kadar yang mencukupi. Dalam jangka masa Panjang pula, pengamalan ini mendidik pembekal internet untuk meletakkan keutamaan Pendidikan pada tempat yang sepatutnya, supaya mengeluarkan produk mesra Pendidikan atas talian sewajarnya, maka melalui impak ini, ianya mampu mengimbangi keperluan Pendidikan atas talian kepada semua rakyat tidak mengira status mereka.

Hentikan layanan istimewa maya,

Kelak anak masa depan tidak berdaya.

Pendirian penulis tidak semestinya melambangkan pendirian Ajar Demokrasi

Picture of Syafiq Noorhisham

Syafiq Noorhisham

Syafiq Noorhisham merupakan Koordinator Media Grafik dan Pembangunan Sistem Ajar Demokrasi, kini beliau bekerja sebagai pembangun sistem di sebuah syarikat Denmark yang bertapak di Malaysia.

Artikel Lain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *