Kemenangan Durian Runtuh Parti Buruh (United Kingdom) pada Tahun 1997

Share This Post

Pendahuluan

Pada Pilihan Raya Umum United kingdom 1997, telah menyaksikan kemenangan ‘durian runtuh’ atau dikenali sebagai “landslide” kepada Parti Buruh (Labour Party).Parti tersebut berjaya memenangi 418 kerusi daripada 659 kerusi di Dewan Rakyat UK.Kemenangan ini juga merupakan kemenangan terbesar Parti Buruh sejak tahun 1945 iaitu dibawah kepimpinan Clement Attlee.Malah,kemenangan ini juga merupakan kemenangan terbesar di Dewan Rakyat dalam sejarah United Kingdom.

Selain itu,Pilihan Raya ini menyaksikan kekalahan terbesar yang tidak pernah berlaku kepada  Parti Konservatif(conservative) sejak tahun 1906.Kekalahan ini juga berlaku selepas parti ini telah memegang pemerintahan UK selama 18 tahun sejak tahun 1979 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Wanita pertama UK,Margaret Thatcher dan perdana menteri seterusnya iaitu John Major.

Hasilnya,kemenangan ini menjadikan Perdana Menteri UK daripada Parti Konservatif(conservative) pada ketika iaitu John Major meletakkan jawatan dan menjemput Ketua Parti Buruh Tony Blair untuk membentuk kerajaan baharu yang kuat,hebat dan meyakinkan (strong,formidable,convincing) 

 Lambaian terakhir John Major sebagai Perdana Menteri UK

Penjenamaan Semula Parti Buruh (New Labour)

Pembaharuan yang dilakukan kepada kepimpinan dan agenda Parti Buruh menjadi antara punca utama kemenangan Parti Buruh pada tahun 1997.Pada asalnya, Parti ini berpegang kepada ideologi sistem ekonomi Sosialis serta mempertahankan hak buruh dan pekerja.Namun pada tahun 1994,Tony Blair yang baru memenangi pemilihan parti pada ketika itu mengumumkan perubahan kepada arah tujuan parti iaitu kearah demokrasi sosialis dimana ia menjadikan demokrasi sebagai penyelesaian kepada masalah rakyat.Selain itu,parti itu menjanjikan perubahan kepada sistem perkhidmatan awam dan perubahan kepada kemajuan ekonomi United Kingdom.

Tony Blair ketika merasmikan manifesto New Labour

Perpecahan Dalaman Parti Konservatif  

Sebelum berlangsungnya Pilihan Raya UK 1997,Parti konservatif pada ketika itu telah pun kehilangan majoriti di dewan rakyat kerana beberapa ahli parlimen parti tersebut telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan perdana menteri John  Major.Ini menjadikan kerajaan UK pada ketika itu menjadi kerajaan minoriti dan sekali gus mempengaruhi rakyat untuk ragu-ragu terhadap kebolehan Parti Konservatif untuk terus memimpin.Beberapa isu lain juga seperti isu kenaikan cukai dan pendirian yang tidak tetap terhadap Kesatuan Eropah menjadikan kepimpinan John Major terus diragu-ragui bukan sahaja oleh rakyat,malah ahli partinya sendiri.

Kesimpulan

Kita dapat saksikan bahawa rakyat Britain memilih pemimpin mereka berdasarkan kebolehpercayaan serta kemampuan seorang pemimpin itu untuk memimpin negara mereka.Hal ini disebabkan mereka nampak bahawa Parti konservatif tidak mampu untuk meneruskan kepimpinan akibat masalah dalaman mereka sendiri.Maka mereka memilih untuk lakukan perubahan dan pembaharuan kepada kepimpinan negara dengan mengundi Parti Buruh dan memberikan peluang kepada Perdana Menteri Tony Blair untuk memimpin United Kingdom kearah yang lebih baik di masa hadapan.     

Rujukan

https://www.parliament.uk/globalassets/documents/commons-information-office/m15.pdf

Amer Hakim bin Izamer

Amer Hakim bin Izamer

Artikel Lain

Politik 101

Harapan Dalam UMNO Menuju 2024

UMNO adalah parti teras melayu, oleh itu kekalahan UMNO pada pilihan raya Kemaman 2 Disember lalu dilihat penolakan orang melayu kepada parti tersebut. UMNO sejak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *