‘Chief Of Staff’ dan Perkhidmatan Parlimen

Share This Post

Aku baru sahaja habis menonton Chief of Staff (Korean Drama), cerita ini banyak menyentuh amalan kronism dan ultra kapitalisme dalam Korean National Assembly.

Namun, aku tertarik dengan beberapa adengan berkenaan dengan situasi dalam pejabat ahli kongres dan pekerja pejabat tersebut. Dalam artikel ini, aku mengajak semua untuk kita pergi ke ruang enjin sebenar Parlimen iaitu Perkhidmatan Parlimen. 

Akta Perkhidmatan Parlimen

Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang lebih dikenali sebagai akta yang memainkan peranan penstrukturan parlimen dari segi perkhidmatannya terhadap parlimen, ahlinya, pekerja yang bertugas di parlimen dan kebajikan mereka serta demokrasi kita.

Selain daripada ruang kajian, akta ini juga memberikan peluang kepada pekerja parlimen akan hak mereka dan sistem pengajian yang komprehensif.

Di Malaysia, peringkat awal, Perkara 65, dan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 merupakan instrumen perundangan utama di dalam perkhidmatan Parlimen, Namun, dimansuhkan pada tahun 1993 menerusi Akta Perlembagaan (Pindaan) 1992 [Akta A837].

Selepas ia dimansuhkan, pentadbiran parlimen telah berubah dan diletakkan dibawah Suruhanjaya Parlimen yang diketuai Ketua Pentadbiran Parlimen Malaysia (Pangkat PTD Gred Utama B) menerusi Bahagian X, Perlembagaan Persekutuan dibawah Perkara 132 (Perkhidmatan Awam) dan dikuatkuasakan dibawah Perkara 139 (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). 

Pasca 2020 Perkhidmatan Parlimen

Perbualan tentang perkhidmatan parlimen telah dihangatkan pada penghujung 2018 dan hingga kini, masih lagi dibincangkan dalam pelbagai platform antaranya, Ahli Parlimen, parti politik pertubuhan sivil dan di media sosial amnya.

Walaupun bertukar kerajaan sekalipun dengan adanya gabungan kerajaan baharu, dalam Ucapan Pemasyhuran Presiden Dewan Negara Ke-18, YB Speaker, Tan Sri Rais Yatim telah menyatakan kepentingan untuk membawa akta tersebut ke dalam parlimen untuk diluluskan bagi mengukuhkan autonomi parlimen. Sehingga masih lagi dalam berbentuk draf dan akan dibentangkan di Parlimen kelak.

Dinamika Yang Diinginkan

Kenapa perlunya kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen adalah; memisahkan Parlimen daripada cengkaman Executive Bench dan menjadikan badan legislatif ini bebas tidak berpihak pada mana-mana dan kesucian tanggungjawab Ahli Parlimen lebih jelas dan kehadapan dalam mempertahankan demokrasi kita.

Bagi mencapai agenda tersebut, kita memerlukan 4 instrumen penting iaitu;

  • penubuhan pejabat belanjawan parlimen
  • pengukuhan dan reformasi Jawatankuasa Parlimen
  • autonomi undang-undang
  • pekerjaan parlimen yang inklusif dan menyeluruh

Kalau kita lihat dalam episod 1-5 Chief Of Staff, dinamika dalam pejabat parlimen dan penstrukturan parlimen sangat jelas dimana, sifat kompetitif antara pejabat ahli kongres dalam National Assembly jelas kelihatan.

Ini kerana 4 instumen tersebut dijaga dan dijalankan dengan baik selaras dengan Akta National Assembly termasuklah Akta Kajian National Assembly.

Kita mahukan kualiti perbahasan dan juga kita perlukan sistem yang berjalan secara lancar maka 4 instrumen tersebut pentng untuk direalisasikan.

Kita juga mahu melihat pekerja parlimen sama ada bekerja dibawah pejabat pentadbiran mahupun bekerja di bawah pejabat ahli parlimen diberikan ruang memfokuskan nilai “career based service: maka suruhanaya perkhidmatan parlimen harus dijelaskan denan lebih terprinci deskripsi tugas mereka dalam memberi nasihat tentang dasar, praktikaliti dalam parlimen dan inkuiri terhadap laporan berkaitan dengan perkhidmatan parlimen.

Kesimpulan

Najitahnya, perkhidmatan parlimen adalah tonggak demokrasi kita dan pengukuh perjalanan parlimen kita, tanpa mereka, institusi legislatif akan rapuh tanpa ada keluhuran tinggi terhadap undang-undang kita.

RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen telah siap didrafkan.  Namun, yang menjadi tanda tanya, bila ia akan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen? Adakah ia akan membuka ruang untuk membawa akta tersebut kembali ke tempat sepatutnya bagi menghidupkan api reformasi institusi, ataupun Kuasa Eksekutif akan kekal berkuasa keatas Badan Legislatif kita dan menidakkan hak kebebasan dan kedaulatan Parlimen?

Shaqib Shahril merupakan Pengarah ‘Parlimen Tracker’ bagi Barisan National Youth Volunteers, hensem dan minat untuk mengulas filem filem antarabangsa dan tempatan.

Penulisan ini tidak semestinya menggambarkan pendirian Ajar Demokrasi

Shaqib Shahril

Shaqib Shahril

Artikel Lain

Politik 101

Harapan Dalam UMNO Menuju 2024

UMNO adalah parti teras melayu, oleh itu kekalahan UMNO pada pilihan raya Kemaman 2 Disember lalu dilihat penolakan orang melayu kepada parti tersebut. UMNO sejak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *